PRE-SERVICE MATHEMATICS TEACHERS’ SUBJECT MATTER KNOWLEDGE OF THE MODE AS A MEASURE OF CENTRAL TENDENCY

Authors

  • Komathi Jairaman
  • Sharifah Norul Akmar Binti Syed Zamri
  • Suzieleez Syrene Binti Abdul Rahim

Abstract

Perubahan terkini dalam pendidikan statistik menekankan kepada pengembangan literasi statistik kerana dunia secara keseluruhannya pada masa ini memerlukan maklumat statistik. Walau bagaimanapun, kajian sejak beberapa dekad yang lalu telah menunjukkan bahawa literasi statistik pelajar kita tidak begitu baik. Perkara ini telah menarik perhatian guru dan peranan mereka dalam pengembangan literasi statistik. Artikel ini melaporkan pengetahuan subjek enam guru matematik pra-perkhidmatan tentang mod. Data dikumpulkan melalui teknik temu bual klinikal berasaskan soalan jenis terbuka berkaitan dengan konsep mod. Hasil kajian menunjukkan bahawa kebanyakan guru matematik pra-perkhidmatan mengenal pasti mod berdasarkan nombor terbesar yang juga dipercayai sebagai menunjukkan kekerapan tertinggi. Mereka juga mempamerkan kekurangan dari segi pengetahuan bahawa mod boleh menjadi satu ukuran biasa dalam sesuatu set data. Ciri mod ini boleh digunakan sebagai satu kaedah pantas dalam pelaporan purata yang merupakan satu idea yang penting berkaitan dengan literasi statistik.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2017-10-23

How to Cite

Jairaman, K., Binti Syed Zamri, S. N. A., & Binti Abdul Rahim, S. S. (2017). PRE-SERVICE MATHEMATICS TEACHERS’ SUBJECT MATTER KNOWLEDGE OF THE MODE AS A MEASURE OF CENTRAL TENDENCY. JuKu: Jurnal Kurikulum &Amp; Pengajaran Asia Pasifik, 4(3), 11–19. Retrieved from https://juku.um.edu.my/index.php/JUKU/article/view/8201

Issue

Section

Articles