FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERANAN GURU DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK) DI MALAYSIA

Main Article Content

Rosmah Binti Abd. Ghani
Mariani Md Nor

Abstract

Pembentangan ini akan membincangkan kajian dan Isu Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan oleh guru prasekolah. Kajian kualitatif ini bertujuan memerihalkan dan memahami pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) di prasekolah. Fokus kajian kepada proses sebenar yang berlaku dalam amalan pengajaran dan pembelajaran di kelas prasekolah yang melibatkan fasa-fasa perancangan, penyampaian dan penilaian. Oleh kerana aktiviti yang terkandung dalam pendidikan prasekolah bersifat kompleks dan dinamik, perspektif adaptasi adalah lebih sesuai digunakan untuk mengkaji pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan di kelas prasekolah di samping memerihalkan peranan yang dimainkan oleh guru dalam melaksanakan kurikulum agar menepati perkara yang dirancang, dan faktor-faktor yang mempengaruhi guru dalam melakukan adaptasi terhadap kurikulum. Peserta kajian terdiri daripada empat orang guru yang mengajar di sekitar daerah Besut, Terengganu, Malaysia yang dipilih secara bertujuan berdasarkan latar belakang pendidikan atau latihan dan pengalaman mengajar. Data di kumpul melalui kaedah pemerhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran guru tersebut selama tiga bulan, kaedah temu bual dengan guru, dan analisis dokumen kurikulum yang berkaitan. Kesahan dan kebolehpercayaan dapatan dipertingkatkan dengan menggunakan strategi triangulasi, pemerhatian jangka masa panjang, semakan ahli, menyatakan bias pengkaji dan jejak audit. Kajian rintis awal telah dilaksanakan dan mendapati faktor utama yang mempengaruhi guru dalam membuat adaptasi untuk memenuhi matlamat dan objektif kurikulum adalah tahap pemahaman guru, amalan pengajaran guru, kemudahan peralatan dan infrastruktur. Kajian juga mendapati ruang untuk melakukan adaptasi kurikulum adalah sangat besar kerana status tahap pemantauan yang masih kurang dilakukan sama ada di peringkat Kementerian (Nazir), Jabatan Pelajaran, PPD dan juga oleh pihak pentadbir sesebuah sekolah. Jurang perbezaan ini adalah bergantung pada faktor sikap, minat dan konsepsi guru tentang kepentingan Pendidikan prasekolah dan peranan mereka berhubung dengan perkara itu. Dapatan kajian ini boleh memberi implikasi kepada pelaksanaan kurikulum prasekolah yang perlu mengambil kira ciri-ciri unik kurikulum ini dengan memberi penekanan terhadap tiga elemen iaitu perancangan guru, aktiviti yang dijalankan oleh guru dan bentuk penilaian yang di guna pakai dalam melaksanakan KSPK.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles