INTERCULTURAL COMMUNICATIVE COMPETENCE AMONG MANDARIN AS A FOREIGN LANGUAGE LEARNERS IN A MALAYSIAN POLYTECHNIC
Main Article Content
Abstract
Globalisasi telah membawa kepada satu keperluan yang mendesak terhadap pembangunan kemahiran komunikasi antara budaya (ICC) yang berjaya dalam kalangan pelajar bahasa asing. Walau bagaimanapun, kebanyakan kursus Bahasa Mandarin sebagai Bahasa Asing yang ditawarkan di institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia tidak memberi penekanan terhadap ICC disebabkan oleh pengabaian elemen budaya dan antara budaya dalam silibus, hasil pembelajaran, kandungan buku teks, reka bentuk instruksi dan penilaian. Tambahan pula, ICC antara pelajar Bahasa Mandarin sebagai Bahasa Asing di IPT di Malaysia jarang dikaji. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap ICC dalam kalangan pelajar Mandarin sebagai Bahasa Asing (MFL). Instrumen Students’ Intercultural Communicative Competence Self-Assessment (SISA) digunakan untuk menilai tahap ICC pelajar. Data yang dikumpul dianalisa menggunakan perisian SPSS. Secara keseluruhan, skor min dalam SISA menunjukkan tahap ICC yang rendah dalam aspek pengetahuan (M = 2.49) dan kemahiran (M = 2.54), tahap sederhana untuk kesedaran (M = 3.15), serta tahap tinggi bagi aspek sikap (M = 3.69) dalam kalangan pelajar. Oleh itu terdapat keperluan untuk meningkatkan aspek pengetahuan dan kemahiran antara budaya dalam kalangan pelajar MFL supaya dapat mencapai ICC yang lebih menyeluruh ke arah komunikasi yang berkesan antara budaya. Ini menunjukkan keperluan pembangunan satu modul MFL yang berintegrasikan budaya untuk pelajar-pelajar.