THE THEORY OF KNOWLEDGE AND LANGUAGE: AN ALTERNATIVE VIEW FROM MALAY STUDIES PERSPECTIVE
Abstract
Artikel ini mengemukakan satu pandangan alternatif kepada tradisi kesarjanaan Barat moden kini tentang teori ilmu dan bahasa. Ilmu dari sudut pandangan kajian saintifik Barat kini hanya terhenti kepada ilmu yang diperolehi melalui proses pembelajaran, penyelidikan dan juga pengalaman. Realiti ilmu sedemikian tidak memungkinkan adanya ilmu yang berbentuk intuitif dan wahyu, sedangkan banyak hasil ciptaan dan rekaan manusia kini sama ada dalam lapangan sains dan teknologi mahupun dalam lapangan seni dan kesusasteraan melibatkan satu macam ilmu yang bersifat intuitif dan langsung. Manakala bahasa pula dianggap sebagai hasil rekaan akal manusia yang bersifat kreatif, inovatif dan akumulatif, yang bermula dengan satu bentuk bahasa yang primitif yang berkembang secara akumulatif selari dengan perkembangan kelompok manusia itu.






