NOVEL-NOVEL FAISAL TEHRANI DARI PERSPEKTIF TEKSDEALIMSE FAISAL TEHRANI’S NOVELS FROM TEKSDEALIMSE PERSPECTIVE

Main Article Content

Tengku Intan Marlina Tengku Mohd. Ali
Madiawati Mamat@Mustaffa
Madiawati Mamat@Mustaffa
Fauzi Hasan

Abstract

Kajian ini menganalisis tiga buah novel karya Faisal Tehrani, seorang
penulis muda yang proaktif dan prolifik dalam berkarya. Penulis ini lebih
dikenali sebagai penulis novel remaja yang banyak memperkata
pentingnya berpegang pada ajaran agama khasnya kepada generasi muda.
Novel-novel 1515 (2003), Tunggu Teduh Dulu (2008) dan Bahlut
(2010) didapati sarat dengan idea dan pemikiran dan banyak menyentuh
sejarah, sosiobudaya dan keagamaan untuk semua peringkat insan supaya
menjadi pedoman, pegangan dan panduan dalam kehidupan. Kajian
terhadap tiga novel ini dianalisis menggunakan Teori Teksdealisme yang
digagaskan oleh Mana Sikana atau nama sebenarnya Abdul Rahman
Napiah. Falsafah teori ini menetapkan asas bahawa setiap pengarang itu
mempunyai hasrat meletakkan teksnya untuk mencapai tahap
keunggulan. Untuk mencapai tahap sebuah teks yang unggul, pengarang
diasak agar mempunyai keberanian dan kebijaksanaan. Teori ini
mengemukakan empat prinsip dalam menganalisis karya, iaitu kehadiran,
perlanggaran, pengukuhan dan sifat kepengarangan novelis atau
individualisme. Bagi mengupas persoalan-persoalan tersebut, kaedah
penelitian yang digunakan ialah teknik bacaan rapi dan seterusnya
menganalisis isi (content analysis) novel tersebut dengan menggunakan
semua prinsip Teori Teksdealisme. Hasil analisis ini dapat dilihat sama ada novel-novel kajian mencapai tahap keunggulan atau sebaliknya. Hasil
analisis memperlihatkan pengukuhan kedudukan Faisal Tehrani sebagai
penulis novel yang berwibawa dalam dunia kesusasteraan di tanah air.
Kata Kunci: Faizal Tehrani, Teori Teksdealisme, novel, kehadiran,
perlanggaran, pengukuhan, individualisme.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Tengku Mohd. Ali, T. I. M., Mamat@Mustaffa, M., Mamat@Mustaffa, M., & Hasan, F. (2017). NOVEL-NOVEL FAISAL TEHRANI DARI PERSPEKTIF TEKSDEALIMSE: FAISAL TEHRANI’S NOVELS FROM TEKSDEALIMSE PERSPECTIVE. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 28(1), 262–287. Retrieved from https://juku.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/9626
Section
Articles