TAHAP AMALAN PENAAKULAN PEDAGOGI GURU PENDIDIKAN JASMANI SEKOLAH MENENGAH DARI ASPEK KEFAHAMAN DAN TRANSFORMASI: SATU KAJIAN DI DAERAH KLANG, SELANGOR

Main Article Content

Mohamed Faizul Mat Som
Syed Kamaruzzaman Syed Ali
Shahrir Jamaluddin
Mohd Faiz Mohd Baharan

Abstract

Kajian tentang penaakulan pedagogi dari aspek kefahaman dan transformasi guru mempunyai perkaitan antara satu sama lain dalam pengajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Fokus kajian ini, bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan kefahaman guru terhadap isi kandungan, latar belakang murid serta mengenal pasti tahap amalan dimensi transformasi dalam sub dimensi persediaan, usaha serta penyampaian dalam pengajaran. Kaedah tinjauan secara soal selidik digunakan dengan sampel kajian berjumlah 119 orang guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani terlibat dalam kajian ini. Analisis data soal selidik menggunakan program Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 21 yang melibatkan kaedah statistik deskriptif seperti skor min, sisihan piawai dan skor peratus. Analisis deskriptif turut digunakan untuk menghuraikan secara menyeluruh data mengenai demografi kajian yang melibatkan skor peratus dan kekerapan profil peserta kajian iaitu jantina, etnik, lokasi sekolah dan opsyen guru. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap amalan penaakulan pedagogi guru Pendidikan Jasmani dalam aspek kefahaman dan transformasi dapat di terjemah. Dengan ini, secara tidak langsung fenomena amalan penaakulan pedagogi pengajaran berlaku dalam kalangan guru-guru Pendidikan Jasmani di daerah Klang. Justeru dapatan kajian ini boleh digunakan dan dipraktikkan di daerah lain bagi memantapkan lagi penguasaan pengajaran guru, malah mampu dipertingkatkan dengan lebih baik pada masa akan datang.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles