KEPRIHATINAN GURU TERHADAP PELAKSANAAN TUGASAN PROJEK PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) PRINSIP PERAKAUNAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

Main Article Content

Lim Hooi Lian
Goh Poh Cheng

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap keprihatinan guru terhadap pelaksanaan tugasan projek pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) Prinsip Perakaunan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dan tahap keprihatinan guru dengan faktor pengalaman mengajar guru. Borang soal selidik telah digunakan sebagai intrumen kajian ini.  Kajian ini melibatkan 100 orang guru sekolah menengah yang mengajar subjek ini. Perisian komputer Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 22 digunakan untuk menganalisis data secara statistik deskriptif dan statistik inferensi. Berdasarkan ujian KruskalWallis H yang dijalankan, hasil dapatan kajian menunjukkan tahap keprihatinan guru berada pada tahap 4 (kesan) iaitu tahap sederhana (m=5.73). Dapatan turut menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara tahap 1 hingga tahap 6 dengan faktor pengalaman mengajar guru. Namun wujud perbezaan yang signifikan pada tahap 0 (kesedaran) keprihatinan guru dengan faktor pengalaman mengajar guru yang disebabkan kumpulan guru yang mengajar 11-20 tahun memiliki nilai min pangkatan yang jauh lebih tinggi, iaitu 41.22. Kajian ini boleh dijadikan panduan yang penting kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, guru dan pengetua untuk mengetahui tahap keprihatinan guru terhadap pelaksanaan tugasan projek PBS Prinsip Akaun SPM dan mengambil langkah peningkatan tahap keprihatinan guru yang sewajar. 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles